KUALA LUMPUR 23 Julai – Khazanah Nasional Bhd. melantik Morgan Stanley untuk meneroka pilihan strategik bagi Malaysia Airlines Bhd. (MAB) menurut individu biasa dengan perkara itu.
Memetik laporan Bloomberg, bank pelaburan itu akan bertanggungjawab untuk melihat pilihan bagi syarikat penerbangan berkenaan termasuk jualan pegangan yang berpotensi.
Menurut individu yang meminta untuk tidak dinamakan, Khazanah menyasarkan untuk menyelesaikan urusan berkaitan MAB menjelang akhir tahun ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Perbincangan sedang dijalankan dan butiran termasuk garis masa masih boleh berubah,” katanya. – AGENSI











