Syafie Naswip putus tunang - Utusan Malaysia

Syafie Naswip putus tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon yang popular dengan filem Mukhsin, Syafie Naswip mengesahkan ikatan pertunangannya bersama pelakon, Aishah Azman telah terlerai.

Syafie ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, keputusan untuk memutuskan tali pertunangan tersebut dilakukan atas persetujuan kedua belah pihak.

“Ya, kami sudah putus tunang. Tidak ada orang ketiga mahupun masalah keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi, saya rasa dugaan bertunang terlalu berat dan tidak mampu untuk diteruskan,” katanya.

Tambah Syafie, dia berasakan keputusan tersebut adalah satu keputusan terbaik untuk dia dan Aishah.

“Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin?

“Buat masa sekarang, mungkin ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami berdua. Mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri saya,” katanya lagi.

Syafie mengikat tali pertunangan dengan adik kepada pelakon Afiq Muiz itu pada 7 April lalu.

Spekulasi mengenai status hubungan mereka mula timbul apabila Syafie dan Aishah memadam gambar pertunangan mereka dalam dalam sosial, Instagram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini