Saya tidak pertahan Azmin - Tun M - Utusan Malaysia

Saya tidak pertahan Azmin – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan dirinya mempertahankan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan isu video intim.

Sebaliknya Perdana Menteri memberitahu, politik kotor seperti itu hanya memerangkapnya untuk menjadi sebahagian daripada skandal berkenaan demi mencapai kepentingan politik seseorang.

Katanya yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, dalang video intim ini juga wajar dihukum jika berjaya dikenalpasti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya telah pun berkata, saya tidak mempertahankannya (Mohamed Azmin). Politik kotor seperti ini tidak akan memerangkap saya ke dalamnya.

“Jika boleh temui dalangnya yang menghasilkan menyebarkannya ke internet, jika dapat dikenalpasti pelakunya, mereka patut dihukum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia hari ini.

Beliau menjawab soalan sama ada dirinya mempertahankan Mohamed Azmin dalam isu skandal video intim yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran; Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Syed Zaid Albar.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini