NEW DELHI 23 Julai – Bencana banjir yang semakin memburuk akibat musim monsun menyaksikan lebih 650 nyawa terkorban di sekitar India, Nepal, Bangladesh dan Pakistan.
Lebih 10 juta penduduk di negara-negara Asia Selatan terjejas akibat bencana tersebut, selain puluhan ribu yang lain kehilangan tempat tinggal.
Di India, hujan lebat yang bermula Julai lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 467 orang maut, manakala 90 terkorban dan 29 hilang di Nepal.
Memuatkan artikel berkaitan…
Selain itu, 30 penduduk juga menjadi korban di Pakistan ketika paras banjir semakin meningkat susulan hujan lebat berturut-turut. – AFP











