Mayat ditemukan terapung - Utusan Malaysia

Mayat ditemukan terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Sungai Kampung Jemukan Ulu, Asajaya, Kota Samarahan, Sarawak, semalam.

Memetik laporan portal Utusan Borneo, difahamkan mayat yang belum diketahui identitinya itu dilihat terapung oleh penduduk kampung yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis.

Beberapa anggota dari Balai Polis Asajaya hadir di lokasi kejadian dan mayat tersebut kemudian dibawa ke darat dengan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehingga berita ini ditulis, polis belum mengeluarkan kenyataan.

Penemuan mayat kali ini adalah merupakan kes kedua direkodkan di Kota Samarahan untuk bulan ini selepas kes lelaki warga asing ditemukan mati di dalam parit berdekatan Institut Penyelidikan Tanah Gambut (TROPI) pada 15 Julai lalu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini