Jururawat kena tipu RM18,000 - Utusan Malaysia

Jururawat kena tipu RM18,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Panik apabila dikatakan terlibat kes jenayah, seorang jururawat kerugian RM18,000 selepas ditipu individu tidak dikenali semasa kejadian di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komesial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 41 tahun itu dihubungi suspek melalui nombor 013-5708 537.

“Suspek menyatakan jururawat itu terlibat kes langgar lari dan penyeludupan wang. Mangsa diminta memasukkan wang ke dalam akaun seorang wanita melalui tiga transaksi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas memasukkan wang, pengadu dinasihati rakan sekerjanya supaya merujuk kejadian itu kepada polis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh di sini dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini