4 cedera anggota tentera cedera dalam letupan di Yala - Utusan Malaysia

4 cedera anggota tentera cedera dalam letupan di Yala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YALA 23 Julai – Empat anggota tentera cedera dalam letupan bom di Kampung Pawang, daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, ketika mereka menaiki trak pikap dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas.

Jurucakap polis di Bannang Sata berkata bom buatan sendiri seberat 40 kilogram itu ditanam di dalam jalan raya dan diaktifkan dengan menggunakan bateri, setibanya trak pikap itu di tempat kejadian kira-kira 4.30 petang (waktu tempatan) semalam.

Katanya berikutan letupan itu, trak pikap yang dinaiki terpelanting dan menyebabkan empat anggota tentera itu cedera selain mengakibatkan lubang sedalam satu meter di atas jalan raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semua mangsa kini dirawat di Hospital Bannang Sata.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini