BANGKOK 23 Julai – Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha akan melaksanakan tindakan segera bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air di lebih 20 wilayah dekat bahagian utara dan timur laut negara itu.
Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada skim anti kemarau nasional digerakkan jabatan sumber air nasional Thailand merangkumi usaha membekalkan air ke kawasan-kawasan berisiko, pembenihan awan, pembinaan kolam serta terusan dan banyak lagi.
Pusat khas, yang melaporkan terus kepada Perdana Menteri akan ditubuhkan untuk memastikan segala perancangan di bawah skim berkenaan berjalan dengan baik.- AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











