KUALA LUMPUR 22 Julai- Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dijangka dibebaskan esok.
Difahamkan, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan serta Pengerusi PKR Perak yang akan tamat reman esok dibebaskan kira-kira pukul 3 petang di Ibu pejabat Polis Dang Wangi.
Turut dibebaskan adalah seorang lagi individu dipercayai rakan Farhash yang ditahan di Johor.
Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed mendedahkan tempoh reman Haziq Abdullah, Farhash Wafa serta seorang individu yang sepatutnya dibebaskan pada Sabtu lalu dilanjutkan selama tiga hari sehingga Selasa.
Turut direman seorang ahli perniagaan yang diberkas di Shah Alam pada Jumaat lalu.
Sehingga kini, polis telah menahan sebanyak 11 individu termasuk Haziq Abdullah manakala tujuh daripadanya mereka dibebaskan selepas tempoh reman tamat serta keterangan diambil.-UTUSAN ONLINE











