SERTA 22 Julai – Kebakaran besar yang melanda wilayah pergunungan di sentral Portugal mengakibatkan berpuluh cedera namun api sebanyak 90 peratus berjaya dikawal, hari ini.
Bagaimanapun, bomba berkata, angin kencang boleh mengakibatkan api merebak semula.
Terdahulu, lebih 1,700 anggota bomba dikerahkan bagi memadam kebakaran di wilayah Castelo Branco, 200 kilometer utara Lisbon. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











