BAGHDAD 22 Julai – Pemantau Hak Asasi Manusia hari ini memberi amaran bahawa krisis air maut di Basra, Iraq tahun lalu bakal berulang melainkan pihak berkuasa membetulkan kegagalan pihak pengurusan.
Hampir 120,000 orang dimasukkan ke hospital musim panas lalu selepas minum air tercemar dalam krisis kesihatan besar-besaran ekoran kegagalan perkhidmatan awam.
Dalam laporan HRW, mereka menemukan kualiti air negara yang rendah mengandungi alga yang tersebar tahun lalu di saluran air Shatt al-Arab.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ia mengandungi alga, tercemar dan garam tinggi yang mana apabila bercampur boleh mencetuskan krisis kesihatan besar-besaran. – AFP











