Masih kiasan dan sindiran sehari dua ini? - Utusan Malaysia

Masih kiasan dan sindiran sehari dua ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADA satu perkara menarik perhatian apabila ahli politik tahap atasan ‘berperang’ sesama sendiri – perhatikan kata-kata yang digunakan.

Ini terutama pada peringkat permulaan perang saudara, lazimnya mereka tidak menyebut nama lawan terang-terangan apabila menyerang, sebaliknya penuh dengan kiasan.

Namun kiasan mereka tidaklah berbunga seperti puisi sasterawan, yang ada kalanya memerlukan rujukan kitab atau kamus untuk mentafsir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebaliknya kiasan yang dipilih adalah jalan yang agak lurus kepada maksudnya cuma cukup berhelah daripada menyebut nama si polan dan si polan.

Pendek kata, dengan bahasa tubuh, contoh serta peristiwa yang disebut, siapa yang baru mengikuti perkembangan politik pun boleh faham kepada siapa ditujukan.

Dalam undang-undang, situasi ini disebut innuedo. Tidak menyebut nama tetapi petunjuk yang diberi jelas merujuk kepada individu berkenaan.

Selain helah dalam penggunaan ayat, ada kalanya lihat juga apa yang sidekick seseorang pemimpin politik itu tuturkan.

Justeru, siapa berpeluang mendengar ucapan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di satu majlis semalam, memang tersenyum panjang.

Ya, kiasannya tidak sejelas ayat Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, namun kepada siapa yang mereka maksudkan sudah terang lagi bersuluh.

Di sebalik masih ‘satu pasukan’, ramai melihat marah ini hampir tidak dapat dibendung, mungkin sehari dua lagi tiada lagi kiasan, tiada lagi sindiran. Tunggu dan lihat babak seterusnya isu yang melingkari Azmin dan PKR.

Rakyat? Serahkan kepada pihak berkuasa menyiasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini