KUALA LUMPUR 22 Julai – Majlis Perbandaran Subang Jaya ( MPSJ) mempelawa pembekal dan syarikat tempatan mengemukakan sebut harga bagi barangan mesin dan peralatan pejabat untuk kegunaan pihak berkuasa tempatan itu.
MPSJ dalam satu kenyataan memberitahu, pihak yang berminat untuk mendapatkan tender berkenaan boleh menyerahkan dokumen sebut harga sebelum 24 Julai ini.
“Antara dokumen yang diperlukan adalah sebut harga bagi barang dan kerja-kerja selain salinan sijil perniagaan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari Facebook rasmi MPSJ atau laman web http: //portal.MPSJ.gov.my,” katanya dalam kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE.











