Zainol Fadzi lepas jawatan Presiden PKNP FC - Utusan Malaysia

Zainol Fadzi lepas jawatan Presiden PKNP FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 22 Julai – Presiden pasukan PKNP FC, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya setelah pasukan itu tercicir ke saingan Liga Perdana musim depan.

Beliau yang juga Penasihat Khas Menteri Besar memaklumkan perkara tersebut menerusi kenyataan akhbarnya sambil mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama yang diterima sepanjang beliau menjadi presiden pasukan.

“Adalah dimaklumkan bahawa saya Datuk Zainol Fadzi Paharuddin melepaskan jawatan sebagai Presiden PKNP FC berkuat kuasa pada 22 Julai 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan oleh PKNP FC sepanjang tempoh menjalankan amanah sebagai presiden.

“Harapan saya supaya semoga pasukan ini akan terus maju jaya dan cemerlang,” katanya.

PKNP sah beraksi dalam Liga Perdana apabila menduduki tangga kedua tercotot Liga Super setelah kalah kepada Petaling Jaya (PJ) City FC 0-1 di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, semalam.

Zainol Fadzi sebelum ini berjanji akan meletakan jawatan sekiranya pasukan tersebut tersingkir dari Liga Super musim depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini