Seorang jemaah meninggal di tanah suci - Utusan Malaysia

Seorang jemaah meninggal di tanah suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH 22 Julai – Seorang jemaah Malaysia meninggal dunia Jumaat lalu ketika berada di tanah suci Mekah akibat penyakit jangkitan kuman dalam darah.

AMIL ABDULLAH

Amil Abdullah, 62, dari Johor Bahru yang ditemani isteri, merupakan jemaah dalam penerbangan KT11 dan telah berada di Madinah selama enam hari, sebelum datang ke Mekah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd. Rahman berkata, Allahyarham meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital King Faisal pada pukul 2.20 petang.

“Jenazah Allahyarham diuruskan oleh pihak Muassasah dan Tabung Haji yang kemudiannya dikebumikan selepas solat Suboh keesokan hari di perkuburan dekat sini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak Tabung Haji juga mengadakan majlis tahlil dan badal haji secara percuma untuk arwah.

Mengenai jumlah jemaah Malaysia yang sedang menerima rawatan, Syed Saleh berkata, 37 jemaah sedang mendapatkan rawatan di pusat rawatan Tabung Haji di Mekah dan Madinah.

“Selain itu, terdapat sembilan jemaah juga sedang mendapatkan rawatan di beberapa hospital Arab Saudi bagi mendapatkan rawatan susulan,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini