Lebih 20,000 sertai tilawah, azan - Utusan Malaysia

Lebih 20,000 sertai tilawah, azan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 18 Julai – Pertandingan laungan azan dan tilawah al-Quran yang menyediakan ha­diah wang tunai keseluruhan berjumlah 7 juta riyal (RM7.8 juta) telah menerima lebih 20,000 penyertaan daripada 162 buah negara.

Arab News melaporkan, pertandingan itu dilancarkan awal tahun ini oleh Pengerusi Pihak Berkuasa Am Arab Saudi bagi Hiburan (GEA), Turki al-Sheikh.

Inisiatif itu dilaksanakan untuk mengangkat kepelba­gaian budaya dalam dunia Islam.

GEA mengesahkan lebih 11,000 penyertaan dite­rima bagi tilawah al-Quran manakala 9,000 lagi bagi pertandingan laungan azan.

Kedua-dua pertandingan itu dibahagikan kepada beberapa fasa dengan fasa pertama melibatkan pendaftaran secara dalam talian sebelum proses senarai pendek dilakukan pada 24 Julai hingga 23 Ogos ini.

Pemenang akan ditentukan pada peringkat akhir yang berlangsung pada 25 September hingga 25 Oktober ini.

Pemenang bagi tilawah al-Quran akan menerima hadiah wang tunai 5 juta riyal (RM5.48 juta) manakala 2 juta riyal (RM2.19 juta) bagi pertandi­ngan laungan azan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×