MPAJ terima Anugerah Tertinggi 5 Bintang - Utusan Malaysia

MPAJ terima Anugerah Tertinggi 5 Bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerima Anugerah Tertinggi Lima Bintang dalam Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) bagi tahun 2018, semalam.

MPAJ dalam satu kenyataan memaklumkan, peratusan sebanyak 96.85 peratus yang diperolehi sekali gus melayakkan PBT itu untuk menerima penarafan bintang berkenaan yang berlangsung di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Majlis penyerahan sijil telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baharu, Ng Sze Han kepada Yang Dipertua MPAJ, Datuk Abd. Hamid Hussain.

Memuatkan artikel berkaitan…

MPAJ berkata, pihaknya mengharapkan pelbagai kejayaan dan pengiktirafan pada masa akan datang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini