UPM jadi Rakan Siswa SPAN laksana aktiviti konservasi hutan, air - Utusan Malaysia

UPM jadi Rakan Siswa SPAN laksana aktiviti konservasi hutan, air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lebih 210 penuntut Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bekerjasama memperluaskan mesej konservasi hutan dan air dalam kalangan pelajar melalui inisiatif Siswa Rakan SPAN.

Program khidmat masyarakat anjuran SPAN itu melalui aktiviti konservasi hutan dan air berkenaan telah diadakan di Sultan Idris Shah Forest Education Center (SISFEC) Puchong, dekat sini, Ahad lalu.

SPAN memaklumkan, selain daripada aktiviti pembersihan hutan dan kawasan sungai, para peserta juga diberi taklimat berkenaan Skim Pelabelan Produk Cekap Air (SPPCA) dan kaedah asas pengauditan air oleh SPAN.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk rekod, sebanyak 43 pili air di kawasan SISFEC telah ditukar kepada pili jenis cekap air dengan penarafan tiga bintang bagi tujuan memperluas penggunaan produk cekap air di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, SPAN menyasarkan untuk memperluaskan lagi program Siswa Rakan SPAN di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang lain selepas ini.

“Selain UPM, kami juga telah melaksanakan program seumpama ini di Universiti Teknologi Mara (UiTM),” katanya.

Program itu telah dihadiri oleh Timbalan Dekan, Penyelidikan dan Inovasi UPM, Prof. Madya Dr. Azlizam Aziz dan Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Korporat SPAN Zarina Sulieman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini