Pasukan Wanita AS tidak akan ke Rumah Putih - Utusan Malaysia

Pasukan Wanita AS tidak akan ke Rumah Putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Bintang penyerang, Megan Rapinoe beranggapan pasuka bola sepak wanita Amerika Syarikat (AS) yang menjuarai Piala Dunia akan menerima jemputan Presiden Donald Trump ke Rumah Putih.

“Saya tidak akan pergi dan rakan sepasukan juga pernah menyuarakan yang mereka tidak berminat.

“Saya tidak fikir sesiapa dalam pasukan ini berminat untuk meminjamkan platform yang sudah kami bina selama ini kepada pengurusan negara yang korup,” katanya kepada rancangan CNN Anderson Cooper 360.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rapinoe merupakan antara pemain yang menyelar slogan Trump “Make America Great Again” dengan menyatakan AS tidak cukup hebat untuk semua.

“Saya katakan mesej yang disampaikan tidak meliputi semua orang. Tidak merangkumi saya atau orang yang kelihatan seperti saya.

“Awak membezakan orang berdasarkan warna kulit.

“Saya rasa awak kembali ke era di mana semuanya tidak baik untuk orang ramai. Mungkin hebat bagi sesetengah orang sahaja tetapi tidak cukup hebat untuk warga AS di dunia ini,” kata pemain itu ketika diminta mengulas mengenai mesej Trump.

AS menewaskan Belanda 2-0 menerusi sepakan penalti Rapinoe dan jaringan Rose Lavelle di Piala Dunia, Ahad lalu di Lyon.

Rapinoe sebelum ini bersumpah untuk duduk di rumah sekiranya menerima jemputan Trump untuk pasukan itu melawat White House di Washington.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini