Parlimen: Nama 'Malaysia' kekal dalam pemulihan MAS - Mahathir - Utusan Malaysia

Parlimen: Nama ‘Malaysia’ kekal dalam pemulihan MAS – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan memastikan nama Malaysia dikekalkan dalam membuat sebarang keputusan berhubung pelan pemulihan Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines).

Beliau berkata, banyak cadangan diperoleh kerajaan berhubung pemulihan Malaysia Airlines selain terdapat syarikat yang berminat untuk mengambil alih syarikat penerbangan negara itu.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan pada masa ini belum membuat keputusan sama ada menjual, bekerjasama dengan syarikat lain atau mengambil bahagian dalam pemulihan syarikat penerbangan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi sesuatu yang kita ingin kekalkan ialah nama syarikat ini mesti ada kaitan dengan negara kita iaitu Malaysia. Kita tidak boleh jual syarikat ini sehingga namanya terhapus sama sekali,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) mengenai sama ada kerajaan telah mengenal pasti syarikat untuk mengambil alih atau bekerjasama dengan Malaysia Airlines. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini