Jelius puas bantu Sabah - Utusan Malaysia

Jelius puas bantu Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Bekas pemain Sabah era 90-an, Jelius Ating menyifatkan kejayaannya membimbing Sabah menjulang trofi Liga Perdana pada musim ini selaku ketua jurulatih adalah lebih manis berbanding sewaktu beliau beraksi dengan negeri kelahirannya sebelum ini.

JELIUS ATING

Anak jati Sabah itu yang diberi jolokan ‘The Iron Man’ kerana kental mengemudi barisan pertahanan Sabah pada era 90-an, mendedahkan kejayaan tersebut amat bermakna untuk dirinya memandangkan Sabah sudah lama tidak mengecapi sebarang trofi dalam saingan Liga Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah 23 tahun kita menunggu untuk memenangi trofi, dan apabila kita meraih kejayaan selaku jurulatih, ia satu perkara bermakna bagi saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan Liga Perdana menentang UiTM FC di Stadium UiTM, di sini, malam tadi.

Sabah muncul juara Liga Perdana 2019 selepas mengalahkan UiTM FC 2-1 pada perlawanan berkenaan dan meraih 40 mata dengan baki tiga perlawanan.

Kejayaan manis berkenaan turut dibantu kekalahan mengejut 1-3 pencabar terdekat mereka, Johor Darul Ta’zim II kepada Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini