Jonathan kecundang dalam aksi separuh akhir - Utusan Malaysia

Jonathan kecundang dalam aksi separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hasrat jaguh pecut negara Jonathan Nyepa untuk melangkah ke final 100 meter (m) lelaki di Sukan Universiti Dunia di Napoli, Itali tidak kesampaian apabila kecundang di peringkat separuh akhir, awal pagi ini.

dalam acara separuh akhir 100m lelaki di Sukan Universiti Dunia di Napoli, Itali berakhir awal pagi ini.

Atlet berusia 23 tahun itu gagal menyaingi catatan 10.47 saat (s) yang dilakukannya pada pusingan pertama selepas sekadar mencatat 10.59s untuk menamatkan saingan separuh akhir acara riben biru itu di tempat keenam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berpuas hati sebab boleh sampai ke semi final. Apapun syukurlah walaupun tadi banyak kali false start,” katanya kepada Bernama.

Seorang lagi jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan bagaimanapun terkandas di pusingan pertama.

Atlet kelahiran Melaka yang kembali ke pentas kejohanan selepas berehat tujuh bulan kerana mendapatkan rawatan dan pembentukan fizikal, mencatat masa 10.70s, jauh daripada catatan masa terbaik dan rekod kebangsaannya 10.18s untuk menamatkan saingan di tempat keempat pada saringan kedua, semalam.

Sementara itu, dua lagi atlet olahraga negara — Muhammad Aqil Yasmin dan Russel Alexander Nasir Taib — akan beraksi dalam acara 200m hari ini.

Khairul Hafiz, Jonathan akan bergandingan dengan Muhammad Aqil dan Russel dalam acara 4x100m yang dijadual pada Jumaat. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini