Salah akui Mesir perlu belajar daripada kekalahan - Utusan Malaysia

Salah akui Mesir perlu belajar daripada kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAIRO – Bintang bola sepak Mesir, Mohamed Salah berkata, pasukannya perlu menjadikan kekalahan dalam kempen Piala Negara-Negara Afrika sebagai satu pengajaran selepas tuan rumah tersingkir di saingan 16 akhir.

Mesir tewas tipis 0-1 kepada Afrika Selatan pada Sabtu sekali gus menyebabkan tuan rumah gagal meneruskan kempen kejohanan tersebut.

Paling memilukan buat tuan rumah apabila kekalahan itu hadir selepas kekecewaan dalam kempen Piala Dunia pada tahun lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sangat sedih kerana tersingkir awal dalam kempen Piala Negara-Negara Afrika kerana sebelum ini kami amat berharap dapat beraksi sehingga penghujung pertandingan.

“Bagi saya, banyak yang perlu dipelajari oleh pasukan daripada kekalahan ini.

“Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat pasukan kebangsaan,” kata Salah.

Kekalahan tersebut juga menyebabkan pihak badan induk bola sepak negara berkenaan mengambil tindakan drastik memecat jurulatih Mesir, Javier Aguirre manakala Presiden Persatuan Bola Sepak Mesir, Hani Abou Rida turut mengumumkan meletak jawatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini