Majlis Hari Raya DUN Dengkil meriah - Utusan Malaysia

Majlis Hari Raya DUN Dengkil meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 7 Julai – Majlis Hari Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil meriah dengan kehadiran 3,000 orang penduduk setempat dan luar daerah ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah, program tersebut merupakan yang julung-julung kali beliau adakan selepas menjadi ADUN kawasan tersebut.

“Selepas menjadi ADUN kawasan ini tahun lepas saya tidak berkesempatan menganjurkan majlis hari raya di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hari ini buat kali pertama majlis ini diadakan dengan kehadiran tetamu istimewa Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin dan Menteri Besar Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis tersebut di sini, semalam.

Adhif Syan berkata, program tersebut menjadi medan untuk penduduk setempat bertemu dengan pemimpin dalam suasana penuh harmoni.

“Kehadiran masyarakat setempat dan pegawai-pegawai Kerajaan di sini menambah seri dan memeriahkan suasana di malam ini,” katanya.

Pada majlis tersebut juga tetamu diraikan dengan makanan tradisi seperti lemang, nasi hujan panas, sate dan lain-lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini