[VIDEO] MPS, mana tong sampah kami? - Utusan Malaysia

[VIDEO] MPS, mana tong sampah kami?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,000 penduduk di Taman Selayang Makmur dekat sini terpaksa menanggung bau busuk ekoran ‘kehilangan’ tong sampah yang disediakan pihak berkuasa tempatan sejak lebih tiga bulan lalu.


Wakil penduduk, S.Santhirasekarn memberitahu, masalah longgokan sampah di hadapan taman perumahan itu berlaku

selepas Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tidak lagi menyediakan tong sampah di kawasan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…


“Sebelum ini pihak berkuasa tempatan (PBT) ada menyediakan dua tong sampah besar di hadapan pintu masuk taman yang turut digunakan oleh peniaga di Pasar Borong Selayang untuk membuang sampah di situ.

“Bagaimanapun, tidak tahu kenapa tong sampah itu sudah tidak ada lagi tetapi orang ramai masih menjadikan tempat itu kawasan membuang sampah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini