Ahmad Zahid kecam pihak pertikai keputusan kembali terajui UMNO - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid kecam pihak pertikai keputusan kembali terajui UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menempelak kenyataan pihak yang mempertikaikan keputusan beliau untuk kembali menerajui parti selepas bercuti menjalankan tugas itu sejak Disember lepas.

Beliau berkata, tindakan pihak berkenaan yang mahu keputusannya kembali memimpin UMNO perlu mendapatkan pandangan Majlis Tertinggi (MT) UMNO, adalah tidak wajar.

“Saya balik (dari cuti) ini dia kata ini perlu dibincangkan dalam Majlis Tertinggi. Masa saya kata hendak cuti tidak pula kata perlu bincang di MT.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini hak saya kerana saya dipilih sebagai presiden UMNO yang sah,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Tambun di Bangunan UMNO Perak di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengumumkan kembali menyambung tugas sebagai presiden UMNO berkuatkuasa 30 Jun lalu selepas menyerahkan tugas presiden kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Disember lalu.

Pada hari yang sama, bekas ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, MT parti perlu memberi pandangan sekiranya Ahmad Zahid kembali menerajui UMNO.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata demikian sebagai tidak bersetuju dengan pendapat bekas presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan bahawa Ahmad Zahid bebas untuk kembali tanpa perlu mendapat persetujuan MT. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini