Maritim Malaysia, Esscom bekerjasama banteras pengeboman ikan - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia, Esscom bekerjasama banteras pengeboman ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah bersama agensi berkaitan akan terus memerangi aktiviti pengeboman ikan yang didapati dilakukan beberapa pihak ketika aktiviti menangkap ikan.

Pengarah Maritim Sabah, Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata, pihaknya akan meneruskan pemantauan dan operasi khas yang dilakukan di perairan Kota Belud, Mantanani dan Pulau Gaya sejak Mei lalu berikutan aduan dan maklumat risikan mengenai kegiatan mengebom ikan yang dilakukan di kawasan berkenaan.

“Aktiviti itu juga didapati dilakukan oleh pendatang tanpa izin dan penempatan mereka yang melakukan juga telah dikenal pasti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maritim Malaysia juga akan terus bekerjasama dengan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dengan menggerakkan aset dan tenaga kerja agar usaha membenteras aktiviti itu berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kamaruszaman, insiden meragut nyawa dua pelancong asing dan seorang warga tempatan ketika menyelam berhampiran Pulau Kulapuan, Semporna, kelmarin telah menggemparkan warga Maritim Malaysia dan usaha memerangi aktiviti haram itu akan dipertingkatkan.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini