Syarikat konsesi yang untung - Utusan Malaysia

Syarikat konsesi yang untung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merujuk pandangan pakar bahawa keputusan Kementerian Kewangan membeli empat konsesi lebuh raya bertol pada harga RM6.2 bilion, hanya sekadar menguntungkan syarikat konsesi.

Dakwanya, pakar yang beliau tidak dinamakan itu percaya bahawa kerajaan terlebih bayar RM2.82 bilion serta digelar sebagai ‘durian’ runtuh kepada Gamuda Berhad selaku syarikat pemegang konsesi dan pemegang-pemegang saham lain dalam lebuh raya terbabit.

“Ramai pakar berpendapat langkah Lim Guan Eng (Kementerian Kewangan) untuk membeli empat lebuh raya daripada Gamuda dengan harga RM6.2 bilion tidak menguntungkan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara pendapat mereka, jumlah trafik untuk kesemua lebuh raya ini sedang menurun setiap tahun sejak 2015 akibat projek-projek infrastruktur rakyat kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti projek sambungan jajaran Aliran Transit Ringan (LRT) 1 serta LRT2, Aliran Transit Massa (MRT) dan pemansuhan tol Lebuhraya Persekutuan,” menurut Najib menerusi akaun Facebook beliau malam tadi.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan mahu mengambil alih empat lebuh raya bertol di Lembah Klang iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Smart).

Menurut Najib yang memetik pandangan pakar itu lagi, trafik LDP jatuh 1.9 peratus pada tahun 2016 dan jatuh 2.9 peratus pada tahun 2017, jumlah pengguna Kesas jatuh lima peratus pada tahun 2018 dan trafik Terowong Smart telah jatuh 30 peratus sejak tahun 2015.

Jelas Najib lagi, pakar juga berpandangan angka RM5.3 bilion yang diberi Guan Eng sebagai penjimatan kerana kerajaan tidak perlu bayar pampasan itu juga tidak tepat.

“Penjimatan hanya RM2.8 bilion tapi hutang kerajaan naik RM6.2 bilion.

“Kesimpulannya ialah kerajaan rugi dan hutang negara bertambah, syarikat swasta dapat durian runtuh, rakyat yang tanggung kerana terus membayar bayar tol selepas tempoh konsesi tol tamat,” dakwa Najib.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini