MFL sediakan platform menarik buat penyokong Liga M - Utusan Malaysia

MFL sediakan platform menarik buat penyokong Liga M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menegaskan bahawa kuasa penyokong bakal menjadi penentu hala tuju bola sepak tempatan selepas pengendali Liga Malaysia (Liga M) itu memperkenalkan struktur hak penyiaran baharu yang berkuat kuasa musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam (gambar) dalam satu kenya­taan berkata, penyokong bola sepak tempatan akan diberikan ‘kuasa’ bagi menentukan hala tuju perbelanjaan selepas mereka melanggan pakej yang akan diperkenalkan nanti.

“Sudah lama sebenarnya dalam penyelidikan MFL mengenai isu penyokong, ramai yang mahu membantu tetapi tidak ada jalan yang jelas. Dengan adanya platform ini, segala sumbangan atau perbelanjaan penyokong akan disalurkan kepada pasukan-pasukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada mekanisme dibincangkan bagi memastikan pasukan penyokong mendapat imbuhan terus dan tambahan apabila penyokong itu mengambil bahagian dalam kejayaan program ini.

“Mungkin akan ada pilihan lain, contohnya penyokong mahu menaik taraf peralatan kamera di stadium, membangunkan akademi atau sebagainya sesuai mengikut kehendak penyokong tetapi ia masih dalam peringkat cada­ngan yang mana proses lengkap bermula 60 hari dari sekarang,” katanya.

Semalam, MFL mengumumkan kemasukan rakan kongsi baharu, Enervive Consultancy Sdn. Bhd. (EVC) dalam penstrukturan hak penyiaran Liga M bermula musim 2020.

Menerusi penstrukturan semula Liga Malaysia, ia me­nyaksikan hak penyiaran Liga M secara terus kepada pengguna khususnya penyokong bola sepak tempatan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini