Shah Firdaus menang gangsa acara keirin di Dublin - Utusan Malaysia

Shah Firdaus menang gangsa acara keirin di Dublin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya membawa pulang pingat gangsa selepas memenanginya bagi acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Antarabangsa Dublin 2019 di Veledrom Sundrive, Dublin, Ireland.

Walaupun terpaksa menunggu seharian dalam keadaan hujan dan cuaca sejuk, beliau mengelakkan pasukan negara pulang dengan tangan kosong, selepas berjaya menaiki podium.

Pelumba berusia 23 tahun itu memberikan saingan sengit, sebelum berpuashati dengan pingat gangsa di belakang Jason Kenny (Britain) yang memenangi emas dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol), perak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua lagi pelumba negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan Muhammad Firdaus Mohd. Zonis, masing-masing menduduki tempat kelapan dan ke-10.

Sementara itu, pelumba wanita negara, Anis Amira Rosidi menamatkan acara keirin wanita di tempat kelima. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini