Tak rotan, pelajar jadi kurang ajar - Utusan Malaysia

Tak rotan, pelajar jadi kurang ajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-BARU ini, satu memorandum daripada Kementerian Pendidikan menggariskan mengenai apa yang guru boleh buat sebagai langkah mendisiplinkan murid-murid berikutan satu kes tular pelajar dirotan guru.

Mungkin ramai ibu bapa terdiri daripada jenis tidak pernah cubit pun anak bila buat salah, menyanjung pendekatan zaman milenial tersebut. Patutlah makin kerap pula lihat anak meninggi suara terhadap ibu bapa depan khalayak umum. Terlalu dimanja hingga bersikap kurang ajar.

Sebagai seorang bapa dan mewakili generasi X, terus-terang saya katakan ia adalah mengecewakan. Jelas guru diarahkan supaya ada kawalan diri atau self-restraint, tapi kelihatan terlebih-lebih.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berikut adalah hujah Merrepak menyokong hukuman rotan agar diteruskan:

1Pertama, saya izinkan guru untuk menghukum dan merotan anak jika kesalahan yang dia lakukan, mengkehendakinya. Asal jangan patah, berdarah sehingga kena ke hospital atau jangan sampai anak jadi fobia ke sekolah.

Dari segi logiknya, kita sebagai ibu bapa haruslah mendidik anak supaya tidak melakukan apa-apa perkara yang tersenarai di dalam kategori mandatori rotan seperti merosakkan harta-benda sekolah, sabotaj kereta guru atau menghina guru (atau sesiapa sahaja) dengan panggilan jelik.

2Hukuman rotan untuk masalah disiplin tegar, adalah wajar. Bagi kelompok pelajar yang pernah dirotan, tidak semestinya mereka akan menjadi pemberontak atau kaki demonstrasi jalanan, apa lagi pengganas. Entah-entah spesies nerd, bookworm di sekolah yang membesar akhirnya, menjadi anasir yang tersebut di atas. Masa kecil asyik dibelai manja ibu bapa, sudah dewasa harus terkena renjatan kejutan budaya.

3Itu sekurang-kurangnya pemerhatian terhadap rakan-rakan sesama geng sekolah saya dahulu. Ditahan di bilik guru adalah lumrah mingguan, sekali-sekala dirotan bila berbukut (bertumbuk) di belakang dewan sekolah terbongkar atau didenda berdiri kerana tidak siapkan kerja rumah.

Semuanya kini menjadi manusia, ada kerjaya, keluarga dan paling istimewa, ada disiplin. Sehingga kini, temu janji sesi teh tarik semua datang tepat waktu, dan balik pun waktu sama, mungkin juga kerana faktor usia cepat mengantuk.

4Semua aktiviti tersebut termasuk pasca kejadian iaitu didenda guru, membentuk:

n Ketahanan diri iaitu selepas dirotan, mampu menahan kesakitan tidak menangis dan baiki kerosakan ego dalam kalangan rakan sekelas. Apabila dewasa, sikap ini menjadi dinding bila dimarahi majikan dan tidak akan meletak jawatan sesuka hati.

n Keupayaan berfikir di luar kotak ialah selepas dirotan guru, menyimpan rahsia tersebut daripada ibu bapa. Ini mengurangkan kehadiran ibu bapa ke sekolah yang akan menambah sulit isu disiplin asal yang menjadi punca dirotan.

n Keazaman untuk insaf kerana semua tahu, hendak insaf tidak boleh dipaksa. Kadang-kadang kena tunggu hidayah. Kadang-kadang kena tangan digari. Tak apalah insaf walaupun sesudah 30 tahun dari tarikh akhir anda menduduki SPM. Insaf juga.

5Mungkin ada kalangan anda kata zaman 1980-an dulu, ibu bapa tiada telefon pintar untuk merakam dan tular video. Itu hal lain. Generasi saya bila dirotan guru, menerimanya dengan penuh kejantanan.

Keluar saja dari bilik guru, masing-masing berbangga tanya berapa kali kena di tangan atau punggung. Lagi pun, untuk memberitahu ibu bapa, bersamaan dengan ‘bunuh diri’ iaitu diterjemahkan: bakal dapat dua kali ganda hukuman. Baik diam.

6Renungkan sekejap, atau lama-lama lagi bagus: bagaimanakah generasi milenial sekarang akan ada ketahanan mental dan fizikal bila menempuh alam dewasa tanpa ketegasan guru dan ibu bapa?

7Ilmu keibubapaan yang terlalu manja dan tiada langsung penggunaan rotan, adalah salah dan akan memakan diri anda bila tua nanti. Di sebuah pusat beli-belah, seorang bapa muda memeluk anaknya dalam keadaan terdesak setelah anaknya mengamuk dan menghempas badan ke lantai. Terdengar sang bapa muda itu cuba memujuk. Pelbagai janji manis kedengaran.

8Tapi anaknya tidak mengurangkan rontaan. Mungkin sudah terbiasa dengan janji palsu bapanya, mungkin menjangkakan dapat imbuhan lagi besar jika terus mengamuk, perlakuan kedua-duanya menjadi pemandangan semua.

9Seorang pekerja berusia 23 tahun, diarahkan ketua mengikuti kursus bina semangat selama tiga hari di pinggir hutan. Pekerja ini menolak mengatakan hendak ziarah ibunya yang tidak sihat di kampung. Ketuanya pun faham. Pada Sabtu, ketuanya ternampak gambar pekerja mudanya itu bersama rakan pada acara mencari harta karun. Ketua jadi tidak faham. Disuruh pergi kursus, pekerja kata mahu ziarah ibu tetapi kini cari harta karun. Mungkin tidak semua pekerja milenial berperangai pembohong sedemikian. Apakah sikap ini salah guru atau salah asuhan ibu bapa?

10Rumusannya, jika bapa muda itu pernah dirotan ibu bapanya dahulu, dia juga akan menghargai bahawa nilai ketegasan itulah perlu diperturunkan kepada anaknya dan tentu anaknya tidak buat pertunjukan percuma di khalayak ramai.

11Hukuman rotan dan disiplin kuat terhadap golongan milenial akan menjamin mereka berdisiplin dan tidak berani menipu majikan. Kalau menipu rahsia tidak terbongkar, tidak mengapalah. Tetapi inikan zaman Facebook, mana boleh sorok. Insaflah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini