Op Noda: 36 individu termasuk 26 pelacur ditahan - Utusan Malaysia

Op Noda: 36 individu termasuk 26 pelacur ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 5 Julai – Polis menahan sebanyak 36 individu termasuk 26 wanita yang dipercayai menawarkan khidmat seks dalam serbuan Op Noda di tiga buah hotel bajet di sekitar Melaka Tengah di sini petang semalam.

Kesemua wanita terbabit yang berusia antara 24 hingga 39 tahun merupakan warga Indonesia, Thailand, Bangladesh serta dua wanita tempatan ditahan dalam serbuan yang bermula pukul 2 hingga 5 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, serbuan dibuat hasil risikan pasukan dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah melibatkan 38 pegawai dan anggota.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam serbuan itu, dua daripada hotel bajet tersebut terletak di Jalan Munshi Abdullah manakala sebuah lagi di Jalan Kilang Melaka.

“Serbuan berjaya menahan 36 individu iaitu 26 wanita yang melacur serta 10 lelaki iaitu pekerja premis dan pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka ialah tujuh lelaki tempatan dan seorang warga Bangladesh yang merupakan penjaga premis berusia antara 28 hingga 64 tahun.

Selain itu, dua pelanggan lelaki warga Bangladesh masing-masing berusia 18 dan 31 tahun turut ditahan.

“Hasil siasatan awal, kegiatan khidmat seks itu telah dijalankan sejak pertengahan Jun tahun ini,” katanya.

Afzanizar berkata, kesemua mereka yang ditahan kini direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan (KK) kerana terbabit kegiatan persundalan selain Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (EHDTTH).

Mereka turut melakukan kesalahan imigresen mengikut Seksyen 39b Peraturan Imigresen, Seksyen 55B, Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)Akta Imigresen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini