Lebih 400 pelajar baharu daftar masuk KPBKL hari ini, esok - Utusan Malaysia

Lebih 400 pelajar baharu daftar masuk KPBKL hari ini, esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 127 pelajar pengambilan baharu Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di sini mendaftar diri bagi dua program pengajian peringkat diploma hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Rektor KPBKL, Prof. Datuk Dr. Noor Inayah Yaakub berkata, pihaknya menganggarkan keseluruhan lebih 400 pelajar baharu akan mendaftar masuk bagi pengambilan kesembilan kolej itu yang bermula hari ini dan selebihnya esok.

“Alhamdulillah, hari ini lebih 100 pelajar telah mendaftar masuk bagi jurusan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah serta Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pendaftaran pada esok pula bagi pelajar jurusan Diploma Pengurusan Industri Halal, Diploma Syariah Islamiah, Diploma Pengajian Muamalat, Diploma Matematik Kewangan dan Certified Accounting Technician (CAT).

“Kami anggarkan keseluruhan lebih 400 pelajar akan mendaftar masuk esok untuk tujuh program pengajian yang ditawarkan,” katanya ketika ditemui dalam majlis pendaftaran pelajar baharu kolej itu di Maluri, di sini.

Tambah Noor Inayah, pihak kolej berharap pelajar yang diberi peluang untuk belajar di KPBKL menggunakan sepenuhnya peluang untuk berjaya.

“Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar ini juga menerima bantuan daripada baitulmal bagi elaun sara diri, yuran pengajian, yuran asrama dan sebagainya.

“Pihak kolej juga meletakkan harapan yang tinggi kepada ibu bapa untuk memberi sokongan yang terbaik kepada KPBKL dan anak-anak mereka yang belajar di sini memandangkan program yang ditawarkan ini hanya ada di kolej ini sahaja” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini