‘Saya menang RM50,000’ - Utusan Malaysia

‘Saya menang RM50,000’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jun – Seorang bekas pegawai polis tergamam apabila namanya diumumkan sebagai pemenang hadiah pertama berupa wang tunai RM50,000 sempena Kempen Promosi Best Products Ke-20.

Mohamad Najib Abd. Aziz, 60, dari Perak ternyata teruja dengan kemenangan itu.

“Saya amat terkejut dan tergamam dengan kemenangan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akan simpan wang yang dimenangi dan belanja untuk perkara yang berfaedah,” katanya.

Dia ditemui dalam majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Kempen Promosi Best Products Ke-20 di sini, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Home Direct Shopping Sdn. Bhd, Chew Mei Ling menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Turut diadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri dan majlis hari jadi Duta Best Products, penyanyi Elyana.

Sementara itu, kesemua pemenang juga layak untuk memenangi hadiah utama RM300,000 yang akan diumumkan pada September ini.

Orang ramai yang berminat menyertai kempen tersebut boleh layari www.bestproducts.my untuk maklumat lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini