OSAKA – Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini menempelak idea mengenai kebebasan seksualiti dan identiti jantina.
Menurutnya, idea tersebut dipaksa pada majoriti yang tidak mahukannya menyebabkan perubahan politikal seperti pilihan raya Donald Trump.
Katanya, liberalisme Barat ‘membaham diri sendiri’ dan mempertahankan pengharaman Rusia dalam ‘propaganda gay’ selepas kritikan dibuat pemuzik, Elton John.
“Dalam sesetengah negara Eropah, ibu bapa dimaklumkan bahawa perempuan tidak boleh memakai skirt ke sekolah? Apakah ini?
“Terdapat melampaui batas sebenar dan idea liberal itu mula memakan diri,” katanya ketika sidang akhbar pada Sidang Kemuncak G20, hari ini.
Tambahnya, kini terdapat semua jenis perkara dan mereka tampilkan dengan enam atau lima jantina.
“Awak tidak boleh meletakkan pandangan anda secara paksa.
“Biarlah seseorang itu membesar, menjadi dewasa dan membuat pilihan siapa dirinya. Jangan libatkan kanak-kanak,” jelasnya. – AFP











