'Boleh, tapi siar secara langsung ' - Utusan Malaysia

‘Boleh, tapi siar secara langsung ‘

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh menyatakan kesediaan berdialog dengan mana-mana pemimpin dari Pakatan Harapan (PH) berhubung ‘fatwa’ wajib menjatuhkan kerajaan komponen parti itu.

Memetik portal Harakahdaily, beliau bagaimanapun meletakkan syarat agar dialog itu dibuat secara terbuka dan disiarkan secara langsung di televisyen atau tempat terbuka seperti stadium.

“Saya bersedia untuk berdialog dengan mana-mana pihak dari kerajaan PH pada bila-bila masa secara terbuka di televisyen dengan syarat mesti disiarankan secara langsung atau di tempat terbuka seperti stadium dan seumpamanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Insya-Allah saya akan jelaskan apa nas dan dalil secara terperinci melalui kaedah dalam agama,” katanya hari ini.

Pada ucapan penutup Muktamar Tahunan Pas pada 23 Jun lalu, Nik Zawawi menegaskan bahawa wajib untuk parti itu menjatuhkan kerajaan PH dan tiada sebarang khilaf mengenai kedudukan itu.

Dalam pada itu Nik Zawawi berkata, melalui dialog berkenaan beliau menjelaskan dengan lebih lanjut berhubung kenyataanya itu.

“Ia bagi menjelaskan kenyataan saya bahawa kerajaan PH mesti dijatuhkan dan diganti dengan sebuah kerajaan yang mendaulahkan di dalamnya syariat Islam serta melaksanakan hukum-hukum Allah yang menjadi rahmat kepada sekalian alam,” tambahnya.

Jelas Zawawi mana-mana kerajaan yang wujud menyimpang dari landasan agama tidak menegakkan daulah Islamiah dan tidak melaksanakan syariat Allah wajib dijatuhkan mengikut hukum syarak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini