PATI dicekup tak sempat jumpa saudara - Utusan Malaysia

PATI dicekup tak sempat jumpa saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Hasrat dua pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk bertemu saudara mereka di sini tidak kesampaian selepas dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) di sekitar Laut Sungai Agas di sini semalam.

Kedua-dua lelaki warga Indonesia berusia 17 dan 29 tahun itu ditahan menerusi Ops Pensura kira-kira pukul 2 petang.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, mereka dicekup ketika berada di dalam sebuah bot penumpang menuju ke Pelabuhan Klang dari Pulau Ketam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.

“Siasatan lanjut turut mendapati kedua-duanya bekerja sebagai buruh dan menuju ke Pelabuhan Klang bagi bertemu saudara mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini