Maritim Malaysia rampas 400,000 batang rokok seludup - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia rampas 400,000 batang rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan merampas sebanyak 400,000 batang rokok seludup dalam sebuah lori di lokasi kira-kira 185 meter dari Pantai Geting, Tumpat, semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata, dalam kejadian pukul 4.30 pagi, peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan operasi di kawasan berdekatan menerima maklumat intipan sebuah bot dalam keadaan yang mencurigakan.

“Bot tersebut berjaya dipintas di muka kuala namun pemillik dan awak-awaknya meloloskan diri. Selepas melakukan pemeriksaan, krew bot peronda Maritim Malaysia menemukan sebuah lari tidak jauh dari kuala sebuah lori berwarna putih tanpa pemandu bersama muatan rokok putih berjenama U2 berjumlah 400,000 batang yang disyaki tidak bercukai.

Memuatkan artikel berkaitan…

‘Kita percaya rokok yang cuba diseludup masuk ke negara ini bakal dipasarkan ke beberapa negeri iaitu Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Rokok jenama ini tidak ada di pasaran Pantai Timur, “katanya.

Ismail berkata, rampasan rokok putih dan sebuah lori dianggarkan bernilai RM318, 640 termasuk cukai itu dibawa ke Pejabat Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali dan disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

SEBAHAGIAN rokok putih yang berjaya dirampas Maritim Malaysia di Pengakalan Kubur, Tumpat dibawa ke pejabat Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.

Menurutnya, penyeludup sering menukar taktik penyeludupan bagi mengaburi mata pihak berkuasa termasuk menggunakan khidmat warganegara jiran untuk membawa rokok seludup memerusi jalan laut.

“Ini merupakan kejayaan kedua Maritim Malaysia Kelantan bagi tahun ini mengekang jenayah penyeludupan rokok dan sangat mengalu-alukan maklumat awam berkaitan kegiatan jenayah di laut menerusi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Kelantan di talian 09-7780070. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini