Masa depan Hendrawan dibincang minggu hadapan - Utusan Malaysia

Masa depan Hendrawan dibincang minggu hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengadakan perbincangan bagi menentukan masa depan jurulatih perseorangan negara, Hendrawan minggu hadapan.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Ng Chin Chai memberitahu, Hendrawan memiliki kontrak bersama badan induk sukan badminton negara itu sehingga 2020

“Kita akan berbincang tengok kumpulan mana yang sesuai untuk dilatih Hendrawan kerana pada ketika ini dia berperanan membantu perseorangan lelaki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita terbuka dengan kedudukan Hendrawan, kita akan dengar pandangan setiap pandangan Ahli Majlis BAM dalam Mesyuarat C&T (Kejurulatihan dan Latihan) minggu hadapan.

“Buat masa sekarang Hendrawan ada kontrak sehingga 2020 saya tidak pasti sama ada Jun bulan berapa tetapi memang sehingga 2020,” katanya ketika ditemui di Akademi BAdminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Persoalan mengenai masa depan Hendrawan mula menjadi perbualan selepas legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya kerana mahu memberi tumpuan kepada kesihatannya.

Sebelum ini terdapat laporan menyatakan, Hendrawan pernah menerima tawaran daripada Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) bagi memperkasakan skuad badminton negara kelahirannya.

Hendrawan yang kontraknya akan tamat Disember 2020 juga mengakui sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan berhubung masa depannya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini