Dua lelaki ditahan terlibat 11 kes samun - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditahan terlibat 11 kes samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Polis percaya dapat menyelesaikan 11 kes samun bersenjata di daerah ini yang dilakukan pada sepanjang Mei lalu sejurus menangkap dua lelaki berusia 20 dan 30 tahun, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Noor Yusuf Ali berkata, suspek pertama ditangkap di Tanah Putih di sini, manakala seorang lagi diberkas di sebuah rumah di Felda Neram, Kemaman, Terengganu.

“Suspek pertama ditangkap pada 23 Jun dan mengaku terlibat dua kes samun di sebuah apartmen di daerah ini pada 6 dan 18 Jun lalu. Polis merampas sebilah pisau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati, dia juga positif dadah jenis metamfetamin dan mempunyai sembilan rekod jenayah,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, suspek kedua pula mengaku terlibat sembilan kes samun klinik, kedai pakaian, kedai runcit, kedai kasut, farmasi serta kedai haiwan peliharaan di daerah ini pada sepanjang Mei lalu.

“Lelaki yang bekerja sebagai pemandu itu ditahan pada 24 Jun dan dia juga didapati positif dadah amfetamin. Polis turut merampas sebilah parang yang digunakan ketika menyamun,” katanya.

Ujar beliau, kedua-dua suspek tersebut menyasarkan wanita dalam semua kes berkenaan dan mengacukan senjata ketika melakukan jenayah samun.

“Mereka bukan satu kumpulan, tetapi melakukan jenayah samun secara berasingan pada Mei lalu.

“Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula hari ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” tambah beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini