Kecacatan baharu pada Boeing 737 Max - Utusan Malaysia

Kecacatan baharu pada Boeing 737 Max

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO 27 Jun – Kecacatan baharu telah dikesan dalam sistem komputer pesawat Boeing 737 Max.

Lapor CNN, sumber memberitahu pendedahan dibuat setelah beberapa ujian simulator penerbangan dilakukan.

Operasi pesawat versi baharu itu dihentikan pada Mac selepas dua pesawat jenis itu milik Lion Air dan Ethiopian Airlines terhempas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Insiden malang itu masih disiasat namun laporan awal mendedahkan sistem stabiliti gagal menstabilkan pesawat dan mengakibatkan nya dalam keadaan menjunam.

Boeing mengumumkan pihaknya berusaha untuk meleraikan punca-punca yang menjurus kepada insiden tersebut dengan membangunkan perisian yang membantu menghadkan potensi sistem penstabilan dalam pesawat.

Berdasarkan ujian simulator penerbangan, kegagalan pemprosesan mikro boleh mengakibatkan pesawat terbang dalam keadaan tidak stabil dan menjunam.

Namun, pendedahan itu masih belum dapat dikaitkan dengan dua nahas berkenaan.

Jurutera Boeing masih menyiasat isu berkenaan yang mana akan membawa kepada kelewatan bagi pelesenan semula pesawat terbabit.

“Keselamatan pesawat-pesawat yang dihasilkan adalah keutamaan buat Boeing,” tulis syarikat gergasi itu dalam satu kenyataan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini