Piala Sultan Selangor dapat tajaan RM1.17 juta - Utusan Malaysia

Piala Sultan Selangor dapat tajaan RM1.17 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima tajaan berjumlah RM1.17 juta untuk Piala Sultan Selangor (TSSC) 2019 yang dijadual diadakan di Stadium Shah Alam pada 24 Ogos depan.

Baginda menerima cek sumbangan itu daripada 15 syarikat termasuk kerajaan Selangor dan syarikat berkaitan kerajaan negeri dalam satu majlis minum petang di Istana Alam Shah di sini.

Hadir sama Menteri Besar, Amirudin Shari, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hamid Bador dan Pengerusi Piala Sultan Selangor edisi ke-18, Tan Sri Abdul Karim Munisar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kerajaan Selangor dan syarikat berkaitan kerajaan negeri iaitu Perbendaharaan Negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Waste Management, Worldwide Holdings Berhad, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Kumpulan Semesta dan Splash Sdn Bhd menaja sejumlah RM579, 999.

Tujuh lagi syarikat yang turut menghulurkan penajaan adalah Tanjung Balai Group yang menyumbang RM300,000 manakala Kingsley Seeds Foundation, Eco World Development, Everspring Land Sdn Bhd, Nirvana Memorial Park, Aiman Platinum Sdn Bhd dan Setia Awan Group, masing-masing menaja RM50,000. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini