Megat ada bukti pembabitan MSN - Utusan Malaysia

Megat ada bukti pembabitan MSN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Calon presiden, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin telah mengemukakan notis semakan semula terhadap kelayakan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) untuk bertanding jawatan presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Sabtu ini.

Presiden Persatuan Kanu Malaysia (Masca) itu berkata notis telah dihantar ke Pesuruhjaya Sukan bersama bukti pembabitan Majlis Sukan Negara (MSN) yang didakwa terlibat dalam isu pemilihan jawatan nombor satu badan induk itu.

“Kami sudah menghantar notis tersebut kepada Pesuruhjaya Sukan hari ini dan perkara ini akan selesai dalam tempoh 72 jam, mungkin esok kita sudah boleh tahu keputusannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak kisah untuk bertanding dengan sesiapa tetapi bukan masuk bertanding dengan cara kotor seperti ini,” katanya kepada media di pejabat Masca, di Bukit Kiara, hari ini.

Beliau mendakwa memiliki bukti kukuh tentang pembabitan pengurusan tertinggi MSN mengarahkan ahli gabungan MPM memilih KJ dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini