FAM mohon pandangan Yang di-Pertuan Agong - Utusan Malaysia

FAM mohon pandangan Yang di-Pertuan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Hamidin membincangkan beberapa perkara yang sudah dirangka termasuk Peta Hala Tuju F:30.

“Antara perkara dibincangkan ialah perkembangan Peta Hala Tuju F:30 dilancarkan 31 Oktober tahun lalu, perancangan membina ibu pejabat baharu FAM dan pusat latihan kebangsaan yang lengkap di Putrajaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, persiapan skuad kebangsaan menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, September nanti turut diterangkan.

“Projek naturalisasi yang juga antara usaha jangka masa pendek, sederhana dan panjang dalam melonjakkan standard skuad kebangsaan tanpa mengetepikan program pembangunan sedia ada turut dijelaskan Datuk Hamidin,” menurut satu kenyataan FAM di Facebook badan induk tersebut.

Dalam masa sama, Hamidin juga memohon pandangan Sultan Abdullah mengenai perancangan FAM memandangkan baginda berpengalaman luas dalam bola sepak tempatan dan antarabangsa termasuk menggalas tugas selaku Presiden FAM dari 2014 hingga 2017. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini