Media jadi platform penting Zurich - Utusan Malaysia

Media jadi platform penting Zurich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Penglibatan dan hubu­ngan baik antara kumpulan media dengan syarikat pe­ngendali insurans dan takaful adalah penting dalam memasti­kan kesedaran dan kefahaman rakyat mengenai kepen­tingan perlin­dungan insurans dan takaful di­sampaikan secara berkesan.

Ketua Negara Zurich Malaysia & Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Life Insurance Malaysia, Stephen Clark berkata, ini kerana melalui platform yang dimiliki oleh kumpulan media secara dalam dan di luar talian mampu mendidik masyarakat sekali gus memberi maklumat mengenai produk dan perkhidmatan ditawarkan.

“Kami amat berbesar hati kerana berpeluang mengenali satu daripada organisasi media terkemuka di Malaysia dan melihat sendiri mereka yang bertanggungjawab menyiarkan laporan-laporan berita selain daripada mengenali individu-individu yang sebelum ini hanya byline mereka disiarkan di akhbar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, ia secara tidak langsung memberi peluang besar kepada saya dan seluruh warga kerja Zurich mengenali dengan lebih dekat organisasi media dan menjalin kerjasama khususnya untuk memastikan mesej mengenai kepentingan perlindungan insurans dan takaful dapat disampaikan ke seluruh negara,” katanya selepas sesi lawatan Zurich Malaysia ke ibu pejabat Utusan Melayu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful Malaysia Berhad Mukesh Dhawan, Ketua Pegawai Eksekutif Zurich ­Gene­ral Takaful Malaysia Berhad, Zuhairi Ismail dan Wakil & Ketua Pengurusan Pasaran Zurich General Insurance Malaysia Berhad, Junior Cho serta beberapa wakil daripada syarikat berkenaan.Tambah Clark, lawatan itu juga memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang dan mengenalpasti kaedah kerjasama dengan lebih rapat.

“Kami sebagai syarikat insurans dan pengendali takaful perlu ­be­kerjasama dengan komuniti di Malaysia dan memberi maklumat tentang produk dan per­khidmatan yang ditawarkan. Ini menjadikan media antara platform penting bagi ­tujuan itu.

“Perkongsian dengan media adalah penting sebagai platform pendidikan dan ia bukan hanya dari sudut pengiklanan tetapi juga dari segi penulisan dan kerjasama dalam berkongsi maklumat dengan menggunakan kandungan sama ada di media cetak mahupun dalam talian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini