Kekasih kuyup disimbah cat merah - Utusan Malaysia

Kekasih kuyup disimbah cat merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sepasang kekasih terkejut apabila disimbah cat merah dan dilontar dengan pasir oleh seorang penunggang motosikal dipercayai warga asing dalam kejadian berhampiran sebuah hospital di Bandar Sungai Long dekat sini hari ini.

Pasangan kekasih kuyup disimbah cat merah oleh seorang penunggang motosikal berhampiran sebuah hospital di Bandar Sungai Long, Kajang, Selangor hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, pasangan terbabit dikatakan sedang berjalan di belakang hospital tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, mereka kemudiannya didatangi seorang lelaki berkulit gelap memakai topi keledar warna hitam menunggang motosikal yang nombor pendaftaran tidak dapat dipastikan.

Ujarnya, suspek tersebut kemudiannya dikatakan telah memarahi pasangan berkenaan dalam bahasa asing sebelum memecut motosikalnya.

“Kes diklasifikasikan di bawah seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan khianat kepada mangsa.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini boleh berhubung dengan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Hafizah di talian 016-6060955,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini