AIM terima RM1.18 juta dividen - Utusan Malaysia

AIM terima RM1.18 juta dividen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mengumumkan telah berjaya menerima dividen berjumlah RM1.18 juta daripada anak syarikat tunggalnya, AIM Sdn. Bhd. berdasarkan 40 peratus daripada untung selepas cukai.

Menurut Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz, hasil terbaik itu yang juga pertama kali diraih AIM susulan pelaksanaan penstrukturan semula keseluruhan ekosistem agensi berkenaan.

Jelas Mohamed Shamir, antara langkah awal yang dilakukan pucuk pimpinan baharu adalah melihat semula intipati dan kandungan Surat Ikatan Amanah AIM bagi memastikan semua keputusan serta pelaksanaan polisi dibuat oleh Lembaga Pemegang Amanah dan pengurusan AIM.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohamed Shamir memberitahu, antara strategi yang telah direncana pengurusan baharu termasuklah memperkukuhkan struktur dalaman dan luaran organisasi melalui penyusunan semula dan mempertingkatkan keupayaan di peringkat lapangan melalui pendekatan eksklusif yang digelar ‘Perang Gerila Membasmi Kemiskinan’.

“Usaha tersebut dilakukan menerusi pemerkasaan institusi Pengurus Wilayah dengan 30 peratus kakitangan di ibu pejabat AIM diserap ke wilayah dan cawangan bagi menambah kekuatan jentera di lapangan.

“Selain itu, bilangan wilayah AIM juga diperbesarkan lagi daripada 23 kepada 30 wilayah bagi memastikan hasrat utama menyalurkan lebih RM2.5 bilion pembiayaan modal kepada 400 ribu Sahabat AIM menjelang akhir 2019 akan tercapai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini