Tukang rumah didakwa membunuh warga Indonesia - Utusan Malaysia

Tukang rumah didakwa membunuh warga Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga Indonesia, Rabu minggu lalu.

Tertuduh, Mustari Maid, 61, sekadar tunduk tanda faham sebaik pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Majistret, Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes tersebut dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, tukang rumah itu didakwa membunuh lelaki bernama Idris, 45, di pakir motosikal berhampiran Kedai Plastik CLD  Plastik Trading di Jalan PJS 6/4 Sg. Way di sini.

Perbuatan berkenaan dilakukan tertuduh pada pukul 11.12 pagi, 19 Jun lalu.

Pendakwaan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim dibuat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini