Penyelia tapak industri maut, motosikal rempuh anjing - Utusan Malaysia

Penyelia tapak industri maut, motosikal rempuh anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Gara-gara merempuh seekor anjing yang tiba-tiba melintas jalan, seorang penyelia tapak industri minyak dan gas maut dalam kemalangan di Jalan Santong berhampiran sebuah pusat pemprosesan minyak dan gas dekat sini hari ini.

Mangsa, Mustaffa Said, 42, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Paka dekat sini akibat kecederaan dalaman dan bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Mustaffa yang menunggang motosikal Yamaha LC dalam perjalanan ke tempat kerja yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian dari rumahnya di Taman Rakyat, Balai Besar di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa gagal mengelak seekor anjing yang tiba-tiba melintas lalu merempuh haiwan itu.

“Rempuhan itu menyebabakan motosikal tersebut hilang kawalan lalu terjatuh sehingga menyebabkan mangsa terseret sejauh beberapa meter,” katanya kepada Kosmo! di sini hari inu.

Baharudin berkata, sepasukan anggota perubatan dari Unit Bantuan  Kebakaran Gas dan Minyak ( CEFS ) pusat pemprosesan minyak dan gas telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kemalangan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini