Hantaran kontroversi keruhkan hubungan Muda, pembangkang

Hantaran kontroversi keruhkan hubungan Muda dengan rakan pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Luqman Long tidak menafikan hantaran ‘kontroversi’ Parti Muda Kedah telah mengeruhkan hubungan baik antara Muda dan rakan-rakan pembangkang yang lain.

Sehubungan itu katanya, beliau memohon maaf atas kejadian yang tidak diingini itu dan bersedia untuk mengambil tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan Muda dengan apa-apa keputusan dan tindakan disiplin dari Muda Nasional.

Luqman berkata, susulan hantaran berkenaan juga, beliau telah mengambil keputusan untuk menggantung Penerangan Muda Kedah dari sebarang aktiviti berkaitan parti berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya telah menerima satu hantaran Facebook dari Muda Kedah pada lewat malam semalam. Hantaran ini jelas dibuat telah menimbulkan salah faham kepada orang ramai serta tidak mematuhi sebarang prinsip yang jelas dalam Muda

“Perbincangan bersama Penerangan Muda Kedah mendapati bahawa hanyatan ini  tidak mendapat kebenaran dan sengaja dibuat dengan niat yang tidak baik. Maka, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas insiden ini,” katanya dalam kenyataan tersebut hari ini.

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai hantaran bergambar Parti Muda Kedah di laman Facebook, gambar itu menunjukkan empat lelaki sambil memegang wang di samping logo keempat-empat parti iaitu BN, PH, PKR dan PH dengan kapsyen Jangan biarkan korupsi binasakan institusi negara.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini